RAMAI kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan akibat pola pemakanan mereka yang tidak seimbang dan usaha lebih serius membabitkan kerjasama ibu bapa perlu dilakukan untuk memperbaiki status pemakanan kanak-kanak terbabit.
Laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada tahun lalu menunjukkan 15 peratus daripada kanak-kanak di Malaysia berusia antara satu hingga 18 tahun mengalami kekurangan zat atau berlebihan zat.
Katanya, berdasarkan kajian itu, kanak-kanak lelaki mendominasi masalah berkenaan berbanding kanak-kanak perempuan iaitu 14.5 peratus mengalami kekurangan berat badan berbanding 12 peratus kanak-kanak perempuan, 16.6 peratus kanak-kanak lelaki mengalami tumbesaran terbantut berbanding 15 peratus kanak-kanak perempuan dan enam peratus kanak-kanak lelaki berlebihan berat badan berbanding 4.7 peratus kanak-kanak perempuan.
Kajian itu menunjukkan ramai kanak-kanak luar bandar mengalami masalah kekurangan berat badan dan tumbesaran terbantut, manakala kanak-kanak yang obes pula lebih tinggi di kawasan bandar.
Ini bermakna, masalah kesihatan ini banyak dipengaruhi keadaan persekitaran dan kanak-kanak dalam peringkat usia satu hingga enam tahun pula adalah kelompok yang paling terjejas dengan masalah kekurangan dan berlebihan nutrien ini.
Courtesy: Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment