Rasa sgt sempurna kehidupan ini..walaupun kat mata org lain tak sempurna manapun..bukan sempurna fizikal, cantik, sihat ke ape..rasa lengkap hidup sebagai seorang wanita, punya dua HERO dalam hidup ini membuatkan aku rasa sempurna. dikurniakan seorang anak lelaki setelah genap setahun seminggu berkahwin walaupun banyak dugaan sebelum itu.
Rasa sgt bahagia diketemukan dgn seorang lelaki yg sempurna dimataku. masih cuba menyempurnakan lagi kehidupan ini, pernah terbaca dalam satu artikel, tak sure sape yg tulis, proses pengenalan suami dan isteri adalah setelah 10 tahun mereka berumah tangga, REALLY? 1/4 daripadanya pun aku tak sampai lagi, maksudnya skeg ni, aku dan suami masih diperingkat permulaan mengenali hati, perilaku dan perangai masing..Ya allah ampunkan aku sekiranya aku ni manusia yg lalai dan ingkar arahan mu.
Rasa sgt santai kat opis..walaupun ada keje yg harus disiapkan mengikut jadual, tetap rasa santai, punya banyak masa yg cukup untuk menyelesaikan kerja2 kerja tersebut.walau sebz mana pun akan tetap pulang jam kurang dari kul 7. pagi akan sampai sebelum pukul 9..every 30 hb akan masuklah duit yg ku kais (perumpamaan je) setiap hari itu..
Rasa sgt penat bila pulang dari opis..perjalanan dlm LRT selama sejam+15 minit driving from Tasik Selatan LRT to my house. Rasa penat akan hilang skit bila park kereta hakim dah panggil dari atas balcony rumah aku..tersenyum panjang, masuk rumah terus peluk and timang die..walaupun timang tak berapa nak tinggi sbb die dah berat.
Rasa sgt lapar selepas menimang hakim..di sini aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada ibu yg sentiasa memasakkan aku lauk..kasihmu tiada tandingan wahai ibu..sudah mengutarakan untuk mengambil maid, tetapi ibu kate tak nak dulu..tak pe la mgkin lepas ini boleh diusulkan sekali lagi cadangan ini.
Rasa sgt geram apabila hakim mula buat perangai nakal die bila dah malam2 cam ni..setiap pukul 8-9 mlm die akan mula mengajak aku bermain kejar2..sgt penat ooo nak main kejar2..main baling2 bola. and main sorok2. walaupun geram kena layankan jugak kan.taggungjawab memberikan kasih sayang pada si anak kecil. geram jugak bile lampu sume dah tutup dah gelap, hakim tetap bermain dlm gelap. biarla die dan akhirnya die akan tertidur sendiri setelah penat.Kadang2 hakim jugak kena marah sbb sgt nakal dan terlalu active
Rasa sgt menyesal apabila melihat hakim dah tidur dgn wajah yg tenang. menyesal kerana memarahi die tadi. apa la yg die tahu, hanya seorang kanak2 kecil yg sedang meningkat membesar, yg memerlukan dirinya untuk menjelajah apa sahaja yg ada disekelilingnya..ya allah disi sekali lagi aku meminta ampun sekiranya aku memarahi anak kecil ini tadi..sesungguhnya aku sg sayang padanya..